Dunia Fesyen

3 Koleksi Kaftan Luvla Untuk Dipilih Dan Cara Penjagaannya

by Sofea Anis
4 minutes read
kaftan

Kaftan merupakan salah satu pakaian Muslimah yang membantu para wanita untuk menutup aurat dengan lebih baik.

Antara ciri-ciri pakaian ini ialah potongannya yang labuh dan selesa membuatkan ramai pengguna suka memakainya.

Lebih-lebih lagi ketika sambutan musim perayaan, majlis perkahwinan, mahupun bercuti.

Selain itu, rekaan pakaian ini bersifat minimalis yang menyebabkan gaya fesyen ini menjadi semakin popular.

Sudahlah selesa dan minimalis, nak bersiap pun tidak lama. Wah, banyak betul merit point pakaian ini!

Kalau korang tengah mencari kaftan berkualiti dan ingin tahu cara menjaganya, jom tengok pilihan yang ada daripada jenama Luvla.

Ikuti artikel ini sehingga tamat.

3 Koleksi Kaftan Menarik

1. Kaftan Kebaya Luth

kaftan

Material: Cotton Embroidery
Saiz: Mempunyai saiz Regular dan Plus Size
Warna: Snowy Pink, Red Burgundy, Maroon Berry, Pretty Mint, Tortilla Brown, Baby Blue, Purple Lavender, Turquoise, dan lain-lain.
Ciri-ciri:
a) Jahitan yang kemas dan rapi.
b) Sesuai untuk ibu menyusu dan untuk solat.
c) Material kain yang sejuk, selesa dan minimal ironing.

2. Kaftan Lora

kaftan

Material: Monaco crepe
Saiz: Mempunyai saiz Regular dan Plus Size
Warna: Pine Green, Punch Pink, Blush Pink, Periwinkle Blue, Ruby Red, dan Sweet Orange.
Ciri-ciri:
a) Diperbuat daripada material kain yang sejuk, selesa, dan tidak perlu digosok.
b) Sesuai untuk ibu menyusu.
c) Jahitan pola pada lengan adalah seperti bat wings. Longgar dan kelihatan sopan.
d) Mempunyai cuffs pada bahagian lengan baju.

3. Kaftan Laina Premium Tinted

kaftan
Material: Premium Digital Printing Moss Crepe.
Saiz: Mempunyai saiz XS hingga 5XL.
Warna: Marble Teal dan Marble Aegean.
Ciri-ciri:
a) Diperbuat daripada material kain yang sejuk, selesa, dan tidak perlu digosok.
b) Sesuai untuk ibu menyusu.
c) Mempunyai poket paha bahagian sisi baju.
d) Mempunyai cuffs pada bahagian lengan baju.

Cara Penjagaan Kaftan

Jika diperhatikan material pakaian Muslimah di atas, korang akan dapati ia diperbuat daripada kain yang lembut.

Oleh itu, korang perlu tahu cara penjagaan kaftan yang betul agar kualiti dan warnanya boleh bertahan lama.

Berikut merupakan cara penjagaannya:

  • Asingkan daripada pakaian harian

Disebabkan busana Muslimah ini diperbuat daripada material yang lembut, korang perlu mencucinya berasingan daripada pakaian harian yang lain.

Ini bertujuan untuk memastikan warnanya tidak luntur atau bercapuk dengan pakaian harian.

  • Teknik cucian

Teknik cucian tangan adalah yang terbaik untuk memastikan kualiti kaftan terjaga dan tidak mudah tercarik.

Lebih-lebih lagi jika ada kotoran pada bahagian tertentu seperti di hujung kain.

Korang boleh sental tanpa menggunakan berus bagi menghilangkan kotoran itu.

Selain itu, korang juga perlu memerah kaftan secara lembut agar kualiti material tidak rosak.

Oh ya, penggunaan dryer is a big no-no, ya!

  • Teknik ironing yang betul

Seeloknya, korang digalakkan untuk seterika daripada bahagian dalam untuk memastikan warna pada pakaian tersebut terjaga.

  • Gantung atau lipat?

Walaupun kaftan yang disenaraikan di atas bersifat ironless/ minimal ironing, korang digalakkan untuk menggantungkannya di dalam almari.

Cara penjagaan ini adalah untuk memastikan kekemasan dan mengurangkan kedutan pada pakaian, terutama sekali jika korang jarang memakainya.

Gayakan Fesyen Korang Dengan Kaftan

Selain daripada pilihan warna yang universal (sesuai dipadankan dengan pelbagai warna tudung), pemakaian kaftan sebagai fesyen harian adalah amat tepat.

Potongan yang selesa, labuh, dan menutup aurat menjadikannya sebagai pakaian ready-to-go.

Tak sampai seminit, korang sudah bersiap lebih cepat daripada orang lain.

Dan, ia juga memudahkan korang untuk solat sama ada di shopping mall atau RnR.

Tak perlu risau kalau terlupa membawa telekung.

Selain itu, berikut merupakan antara sebab-sebab lain kenapa Luvla menjadi pilihan orang ramai:

  • Pakaian di Luvla berkualiti dan harganya berpatutan.
  • Potongan pakaian yang kemas dan selesa dipakai.
  • Membantu para wanita untuk bergaya dengan trending fesyen dan menutup aurat.
  • Sesuai untuk ibu menyusu.

Jadi, jom gayakan kaftan sebagai fesyen hari korang!

You may also like

Leave a Comment