Baju raya ini memang pelbagai jenis dan warna, tapi apabila tiba Syawal, sudah tentu semua fikirkan warna kuning. Warna kuning yang terang dan berseri memang ceria dan dapat menyerlahkan semangat Raya anda. Pada waktu sama, baju raya kuning juga sentiasa trendy, moden dan berkelas tinggi. Atas sebab-sebab ini, baju raya warna kuning sering menjadi warna pilihan bagi ramai orang di Malaysia.
Tapi, soalannya bagi para netizen adalah, apakah baju raya kuning terbaik yang boleh anda beli? Ada terlalu banyak pilihan baju raya kuning di Malaysia, termasuklah penjual baju online. Memang susah untuk cari baju raya berwarna kuning yang terbaik, lagi-lagi dengan semua pilihan yang ada di internet. Jadi, untuk membantu, kami di DuniaFesyen telah membuat senarai untuk semua baju raya berwarna kuning yang terbaik di pasaran untuk para netizen.
Jadi, kalau anda dah puas cari baju raya tapi masih tak dapat pilih, marilah baca senarai kita. Manalah tahu, mungkin anda akan jumpa baju raya yang terbaik untuk diri anda!
1. Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang
Bulan Bintang merupakan jenama baju raya yang tersohor, dengan pelbagai jenis baju raya untuk lelaki dan perempuan yang berkualiti tinggi. Kerana ini, Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang adalah antara pilihan terbaik untuk para netizen yang plus size. Rupanya moden dan cantik, dengan cutting elok, kain kualiti tinggi dan pelbagai warna untuk dipilih.
Saiz yang sedia ada sampai hingga 5XL, menjadikannya sangatlah sesuai untuk orang-orang berbadan besar. Harganya pun sangat berbaloi apabila mengambil kira kualiti baju. Di samping itu, kainnya juga selesa, dibuat dari cotton tulen. Untuk kebanyakkan netizen, Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang adalah baju raya kuning yang terbaik untuk Hari Raya ini.
2. Elrah Exclusive Baju Melayu Magnificent 4.0
Elrah Exclusive merupakan jenama baju raya yang makin popular baru-baru ini. Baju mereka memang berkualiti tinggi, antara yang terbaik apabila dibandingkan dengan jenama-jenama saingan mereka. Contoh terbaik perbezaan kualiti ini ialah Baju Melayu Magnificent 4.0 dari Elrah Exclusive, yang mempunyai rupa yang premium dan berkelas tinggi, tapi pada harga yang berpatutan.
Baju Melayu Magnificent 4.0 dari Elrah Exclusive direka untuk menepati cita rasa moden, dengan rupa yang streamlined dan sangat profesional. Cutting bajunya tegap supaya kelihatan timeless, dan kainnya yang ringan digabung dengan design yang ringkas menjadikannya selesa walaupun dipakai untuk tempoh masa panjang.
3. Baju Melayu Italian Duchess Slim Fit by Jakel
Jakel adalah antara penjual baju raya dan kain yang paling popular di Malaysia, dengan pelbagai pilihan baju raya untuk semua jenis orang. Untuk peminat baju raya berwarna kuning, jangan risau, Jakel ada pelbagai pilihan untuk anda. Antara banyak-banyak baju raya yang disediakan oleh Jakel, baju kegemaran kami ialah Baju Melayu Italian Duchess Slim Fit by Jakel.
Baju ini mempunyai reka bentuk slim fit yang menawan dan cantik, di samping warna kuning yang tidak terlalu pekat. Baju Melayu Italian Duchess Slim Fit ini juga besertakan samping yang warnanya mengikut tema kuning. Jika anda inginkan baju raya kuning yang lengkap dengan kualiti yang bagus, bolehlah cuba Baju Melayu Italian Duchess Slim Fit dari Jakel ini.
4. Baju Melayu Klasik Amar Amran
Amar Amran antara jenama baju raya terkemuka di Malaysia ini, terkenal untuk design baju mereka yang unik dan inovatif. Contohnya, Baju Melayu Klasis Amar Amran, yang menawarkan berbagai jenis ciri yang menjadikannya lain daripada yang lain. Bajunya stail cekak musang yang moden, dengan cutting regular fit yang selesa dan mudah dipakai. Tapi, yang paling menarik perhatian adalah penggunaan material Italian Cotton.
Keistimewaan Italian Cotton ini terletak pada ciri-cirinya. Kain ini mudah bernafas, menjadikannya selesa dan lembut. Kain jenis ini juga mudah dijaga, dan tidak perlu penjagaan rapi untuk kekalkan kualiti dan warnanya. Baju Melayu Klasik ini mudah diseterika, dan ia boleh tahan kedut agar sentiasa nampak elok. Seluarnya elastik supaya mudah dipakai, dan saiznya dari XXS sehingga XXL. Jika anda ingingkan baju raya kuning yang unik dan menarik, Baju Melayu Klasik Amar Amran ini mungkin jadi pilihan anda.
5. Patawali Baju Melayu Teluk Belanga by Khatam
Patawali Baju Melayu Teluk Belanga in dibawakan dari Khatam, jenama yang dimulakan pada tahun 2016. Walaupun jenama yang agak baru di pasaran, baju-baju Khatam sering dikali dipuji untuk nilai aestetiknya yang tinggi dan rupa bentuk yang klasik tapi dengan ciri-ciri moden agar tidak outdated. Rupa setiap baju raya mereka dicipta mengikut idea ini, termasuklah Patawali Baju Melayu Teluk Belanga mereka.
Walaupun rupanya agak simple, Patawali Baju Melayu Teluk Belanga ini ada banyak ciri-ciri rupa moden. Kawasan lehernya moden, dengan hanya satu butang dan bentuk yang simple untuk menjana aestetik minimalis yang sedap dipandang. Di samping itu, kain Rayon yang diguna oleh Khatam untuk Patawali Baju Melayu Teluk Belanga menjadikannya mudah diseterika dan susah berkedut. Kain ini juga mudah bernafas dan nipis, sesuai dipakai untuk masa yang lama.
6. Baju Melayu Japanese Crepe Cekak Musang by BMO
BMO jenama yang agak terkenal di Malaysia, dengan pelbagai jenis baju raya untuk dipilih. Tapi, antara kesemua baju yang kita dah periksa, kami rasa Baju Melayu Japanese Crepe Cekak Musang adalah antara yang terbaik yang anda boleh beli. Kami pilih baju raya ini untuk senarai kita kerana Baju Melayu Japanese Crepe Cekak Musang ini ada gabungan ciri yang menarik untuk menghasilkan baju raya yang lengkap.
Kainnya dipanggil Japanese Crepe Modern, dengan rasa yang lembut dan selesa. Saiznya bermula dari XS sehingga XXL, menjadikannya sesuai untuk orang yang bertubuh besar. Rupanya mengambil ciri dari baju raya tradisional, tapi dengan cutting moden yang kena dengan cita rasa sekarang. Baju ini sesuai untuk apa-apa acara kerana warnanya yang lembut, jadi jika anda nakkan baju raya serbaguna, ini pilihan yang bagus.
7. Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang
Hah, ini Bulan Bintang kembali lagi dengan lagi satu baju raya untuk senarai baju raya warna kuning kita. Kali ini, kita bawa pula Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang, dengan cutting slim fit yang moden dan cantik supaya anda akan kelihatan segak pada Hari Raya nanti. Bezanya berbanding Baju Raya Tailored Fit Bulan Bintang dari segi saiz, cutting dan reka bentuk.
Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang ini memang ngam dengan orang yang suka rupa baju moden. Walaupun reka bentuknya simple, rupanya tetap menarik, terutama sekali dengan warna kuning yang ceria dan riang. Harganya agak berpatutan bila mengambil kira kualiti Baju Melayu Slim Fit Bulan Bintang ini, dan ini menjadikannya rekomendasi mudah untuk kami di Dunia Fesyen.