Dunia Fesyen

Tampil Elegan Sepanjang Masa: Gayakan Kaftan Dengan Menawan

by Husna
9 minutes read

Bila fikirkan pakaian wanita yang selesa, labuh, dan longgar tapi masih mengikut peralihan zaman dan elegant, semua pasti akan terfikirkan kaftan. Kaftan sememangnya dikenali sebagai the go-to dress bagi wanita yang ingin tampil effortlessly beautiful. Mana taknya, dari rekaan je kita dapat lihat yang kaftan ini sangat mudah digayakan.

Mungkin korang buntu bagaimana hendak menggayakan kaftan supaya tampak lebih menyerlah, atau style apa yang sesuai dengan kaftan yang patut digunakan untuk mencapai look yang dikehendaki. Hari ini hari bertuah korang since artikel ini akan memberikan tips menggayakan kaftan dengan menawan. 

Kaftan

Gayakan Kaftan
Kaftan moden dari MC Vogue

Kaftan ialah sejenis busana yang bersifat labuh, longgar dan flowy. Ianya sangat selesa dipakai di negara tropikal seperti Malaysia yang cuacanya selalu panas. Pemakaian kaftan juga membuatkan si pemakai tampil anggun.

Kaftan ini sudah wujud sejak berabad lamanya. Ia berasal dari Persia dan kemudian tersebar ke Asia dan akhirnya ke Malaysia. Ianya penuh dengan sejarah dan budaya dan telah menjadi sinonim dengan pemakaian orang Melayu. 

Di Malaysia, kaftan asalnya digayakan sebagai baju tidur dan pakaian harian di rumah mengikut sifatnya yang selesa. Namun begitu, kebelakangan ini, netizen Malaysia telah mengangkat kaftan sebagai busana untuk dipakai ketika acara formal dan keluar berjalan. Memandangkan demand kaftan semakin tinggi, maka, kini kaftan dress menjadi trend fesyen para wanita di Malaysia. 

Malahan, rakyat Malaysia berjaya memodenkan kaftan supaya semakin bergaya dan mengikut trend. Ada pelbagai style kaftan yang available hari ini. Mari kita lihat satu-satu style yang ada.

1. Kaftan Pario

kaftan pario
Kaftan Pario dari Haura Wear

Kaftan pario ialah gabungan kaftan dan skirt pario. Ianya busana yang moden dan trendy terutamanya pada kala ini memandangkan gaya klasik dan minimalist sedang menaik. Blouse kaftan dipadankan dengan skirt pario memberikan penampilan yang anggun, moden dan juga klasik pada masa yang sama. Blouse kaftan boleh dimasukkan dalam skirt untuk look yang lebih moden, atau dibiarkan begitu sahaja untuk penampilan yang lebih manis. Kaftan pario juga sangat sesuai untuk digayakan di majlis dan acara formal seperti majlis kahwin dan dinner.

2. Kaftan Tunik

Kaftan Tunik

Kaftan tunik ialah kaftan yang direka menyerupai jubah. Kaftan ini merupakan kaftan yang trending di media sosial: TikTok, Twitter dan Facebook pada tahun 2022. Ia sangat sesuai dijadikan pakaian harian dan pakaian jalan kerana designnya yang simple dan minimalist, membuatkannya mudah digayakan dengan pakaian lain seperti seluar dan skirt. Kalau korang perhatikan, ramai wanita Malaysia memakai kaftan tunik di luar sana. 

3. Kaftan Ironless

kaftan ironless

Alamak, ada last minute outing? Tapi baju belum diseterika? Kaftan ironless lah jawapannya. Sangat mudah dibentuk tanpa perlu digosok, kaftan ironless sangat sesuai untuk para wanita yang ingin kelihatan rapi tanpa perlu letakkan banyak effort. Diperbuat daripada material ironless cotton dan chiffon, kaftan jenis ini sememangnya digemari ramai.

Gayakan Kaftan

Walaupun pemakaian kaftan boleh membuatkan si pemakai kelihatan anggun, kaftan juga kadang-kala boleh kelihatan basic terutamanya jika tidak digayakan dengan betul. Ini tips ingin menggayakan kaftan.

1. Gayakan dengan tali pinggang

Seperti yang semua sedia maklum, kaftan ialah sejenis pakaian yang labuh, longgar dan flowy. Ia tidak mengikut potongan badan. Oleh itu, sesetengah orang, terutamanya bagi mereka yang mempunyai bentuk badan trapezoid kurang sesuai dengan kaftan. Namun begitu, ada caranya untuk mereka menggayakan kaftan agar sesuai dengan penampilan mereka iaitu dengan menggunakan tali pinggang untuk nampak ramping. Korang boleh gunakan tali pinggang kain yang sama warna dengan kaftan agar sepadan. Tali pinggang diikat di pinggang mengikut keselesaan si pemakai. 

Ada beberapa cara mengikat tali pinggang. Cara yang paling mudah dan popular adalah dengan mengikat tali pinggang di pinggang seperti biasa. 

Selain itu, korang boleh gunakan safety pin dengan menyematkan dua safety pin di bahagian belakang baju di kawasan pinggang. Kemudian masukkan tali pinggang/reben/tali melalui pin tersebut dan ikat dengan kemas. Cara ini sesuai bagi yang ingin menampakkan silhouette badan tanpa menggunakan tali pinggang.

2. Gayakan dengan aksesori

A look is not complete without accessories. Gayakan kaftan korang dengan barang kemas seperti gelang, rantai dan cincin. Padankan aksesori dengan kaftan untuk mendapatkan gaya yang korang nak. Gelang dan rantai emas untuk gaya elegant, manakala silver untuk nampak lebih sophisticated. Design aksesori juga penting dalam penggayaan. Aksesori rekaan klasik dan tradisional akan memberikan penampilan klasik, manakala aksesori yang simple dan minimalist memberikan penampilan moden.

Tidak dilupakan kerongsang kebaya, juga dikenali sebagai dokoh. Ada pelbagai jenis kerongsang kebaya yang boleh digunakan seperti dokoh bulat dan dokoh tiga serangkai. Pemakaian dokoh akan membuatkan si pemakai tampil megah dan anggun, mempamerkan identiti wanita Melayu.

3. Gayakan dengan outerwear

Selain itu, korang juga boleh menggayakan kaftan dengan memakai outerwear. Outerwear seperti cardigan dan jaket memberikan gaya yang baru dan berlainan. Malah, pemakaian outerwear boleh membuatkan si pemakai tampil lebih muda. 

Ada pelbagai jenis cardigan yang boleh digayakan bersama kaftan. Wrap cardigan membuatkan si pemakai tampil manis dan lemah lembut. Long cardigan pula menampakkan efek cozy and comfortable

Bolero cardigan juga boleh digayakan dengan sesetengah jenis kaftan yang lengannya tidak terlalu longgar. Dengan merampingkan bahagian pinggang dengan menggunakan safety pin dan reben, korang boleh menggayakan kaftan sebagai stail coquette.  

4. Gayakan dengan selendang

Pemakaian selendang juga amatlah sesuai dengan kaftan terutamanya jika korang ingin mendapatkan rupa klasik. Selendang sulam dan lace jika digayakan dengan dokoh akan membuatkan si pemakai nampak seperti time traveller dari zaman Hang Tuah. Pasti tak lepas mata semua memandang. 

Korang boleh menggayakan selendang dengan memakainya di atas kepala atau di atas bahu.

Kaftan ialah busana yang simple, stylish dan versatile. Macam-macam gaya boleh dipadankan dengan kaftan. Kunci untuk membuatkan kaftan tampil menarik ialah dengan menggunakannya sebagai base clothing dan bina gaya korang dari situ. Tambahkan aksesori dan padankannya dengan pakaian lain mengikut citarasa si pemakai. Try lah tips ni dan pastikan korang yakin dengan penggayaan korang.

Nak baca lebih artikel? Mari layari blog Dunia Fesyen untuk dapatkan artikel fesyen terkini!

You may also like

Leave a Comment