Memilih baju raya memang susah. Sudah tentu para netizen pernah ada pengalaman berjalan-jalan untuk berjam mencari baju raya ideal untuk Hari Raya, tapi tahukah anda yang aksesori baju raya juga sangat penting? Baju raya yang paling cantik pun boleh kelihatan bosan atau tidak bermaya jika aksesori yang dipakai tidak serasi dengan baju.
Kebanyakan orang yang beli baju raya baru biasanya tidak ingat untuk membeli aksesori yang betul, dan bagi para netizen, kami pasti kamu semua tak nak aksesori yang akan rosakkan rupa baju raya anda. Terdapat banyak aksesori baju Raya yang dapat dipilih, tergantung pada gaya dan selera anda. Aksesori baju raya yang trendy dapat meningkatkan penampilan si pemakai.
Hari ini, kami akan beri tips tentang cara untuk pilih aksesori baju raya yang baik, jenis aksesori yang padan dengan baju raya yang anda pilih, dan rahsia-rahsia memilih aksesori baju raya.
1. Tudung atau Hijab
Tudung dan hijab merupakan aksesori penting untuk melengkapkan baju raya setiap muslimah. Walaupun dulu ia adalah keperluan asas untuk baju raya, populariti fesyen hijab meletup baru-baru ini, dan ramai hijabis tampil dengan pelbagai gaya hijab yang menarik.
Untuk hijab anda, pertama sekali, pastikan apa-apa hijab yang dipilih diperbuat daripada material tudung yang ngam dengan diri anda. Antara contoh material tudung di pasaran adalah satin, cotton dan chiffon, di samping beberapa pilihan lain. Material dipilih mestilah selesa dengan si pemakai, dan ngam dengan baju raya anda.
Kedua, jika tidak mahu menjadi mangsa fesyen, pilih tudung yang padan dengan baju raya yang dipilih. Dari segi warna dan corak, pastikan tudung anda tidak bertembung dengan baju raya anda. Jika baju anda warna merah, pilih tudung yang mempunyai warna komplementari agar ada kesinambungan warna. Untuk corak pula, pilih mengikut apa yang padan dengan baju ikut kreativiti anda.
Akhir sekali, carilah tudung yang moden atau trendy agar dapat menunjukkan penampilan yang moden dan bergaya. Ini termasuklah aspek-aspek seperti corak tudung, jenis tudung dan cara pemakaiannya. Tudung yang cantik tetapi kelihatan outdated tetap boleh menghasilkan rupa yang tidak menarik perhatian.
2. Kasut
Apabila menjelang Hari Raya, sudah tentu ramai yang mencari kasut baru untuk menyambut Raya dengan stail. Tapi, tahukah para netizen cara betul untuk pilih kasut yang padan dengan baju raya anda? Ya, walaupun kasut antara aksesori baju raya yang popular dan selalu dicari apabila menjelang Hari Raya, kasut yang dibeli biasanya bertembung dengan baju yang dipilih.
Yang paling penting apabila memilih kasut adalah memastikan jenis kasut yang dipilih ngam dengan kaki anda. Jangan beli kasut yang nampak cantik, tapi langsung tak selesa apabila dipakai. Tak kira apa pun, kasut mestilah selesa agar dapat mengelakkan sakit kaki dan ketidakselesaan ketika menyambut hari raya. Orang yang tidak selesa secara automatik tidak boleh menjana penampilan yang bergaya.
Jika anda dah jumpa kasut yang selesa dipakai, tengok pula jika jenis kasut itu ngam dengan tema baju raya. Jika baju raya anda memberi penampilan yang professional dan segak, pilih kasut yang menepati ciri-ciri itu. Jangan pula pakai kasut yang warna-warni dan menunjukkan ciri-ciri kebudak-budakan. Tapi, kalau baju raya comel dan warnanya terang, jangan pakai kasut yang pudar, nanti kelihatan tak bermaya.
3. Butang Baju
Butang baju raya penting untuk kesinambungan baju raya yang lengkap. Walaupun ramai yang mengambil remeh tentang butang baju raya, butang adalah cara yang murah dan mudah untuk menggayakan baju raya yang berseri di khalayak orang ramai. Tapi apakah cara-cara untuk memilih butang baju raya yang kena dan padan dengan baju raya anda?
Yang penting sekali, adalah untuk memilih butang baju raya yang tidak terlalu mengarut atau melebih-lebih. Butang hanyalah butang, tidak patut dijadikan fokus baju raya anda. Jika coraknya atau batunya terlalu menonjol, butang itu akan menarik perhatian dari baju raya anda, dan dapat menghasilkan imej yang tidak elok di mata orang yang memandang.
Kerana ini, pilih butang yang simple tapi padan dengan baju anda dari segi warna dan rupa. Pastikan rupanya cantik, dan warnanya tidak bertembung dengan baju raya anda. Jika ada batu, pilih butang dengan warna batu yang memberi kesinambungan kepada baju anda. Akhir sekali, jika anda ingin kelihatan segak, jangan lupa gunakan butang untuk cufflink di baju anda.
4. Samping
Samping adalah antara aksesori baju raya yang dapat menyerlahkan personaliti pemakainya. Samping datang dalam pelbagai pilihan warna, kain dan corak untuk menepati citarasa orang ramai, tapi apakah cara untuk pilih samping yang elok?
Seperti biasa, anda perlu pastikan yang warna samping anda padan dengan baju raya yang dipilih. Samping biasanya dihias pelbagai warna yang terang, jadi walaupun baju anda simple, samping anda masih boleh memberikan keterampilan menarik yang perhatian orang ramai.
Selain itu, cari kain baju samping yang serasi dengan citarasa anda. Samping datang dengan pilihan kain pelikat, kain batik dan kain songket. Kain batik dan pelikat lebih lembut dan tidak terlalu menonjol, manakala kain songket selalunya berwarna terang dan menarik perhatian.
5. Gelang Tangan
Untuk kaum hawa, gelang tangan boleh menambahkan gaya kepada baju raya anda, asalkan tidak terlalu sarat. Asalkan gelang tangan tidak terlalu melebih-lebih, ia boleh menjana rupa yang berkelas dan berstail tinggi walaupun dipakai dengan baju yang simple dan tidak menonjol.
Yang penting apabila memilih gelang tangan adalah untuk beli saiz yang betul. Kalau gelang terlalu kecil, nanti tak selesa dipakai dan takkan ada orang yang perasan gelang tangan anda. Tapi kalau terlalu besar pula, akan nampak keterlaluan dan rosakkan penampilan anda. Pilih gelang tangan yang ngam dengan saiz tangan anda, dan anda akan nampak lebih berseri.
6. Anting-anting
Anting-anting, sama seperti gelang tangan, adalah aksesori kecil yang sangat berkesan dalam meningkatkan rupa baju raya anda. Sekali lagi, janganlah guna anting-anting yang terlalu menonjol. Anting-anting yang terlalu mononjol biasanya tidak selesa, dan juga tidak akan ada kesinambungan dengan tema baju raya anda.
Anting-anting yang terbaik biasaya simple dan cantik, tanpa menarik perhatian. Warna-warna yang cantik patut jadi fokus anda apabila memilih anting-anting. Selain daripada itu, anting-anting dapat menunjukkan personaliti pemakainya, jadi pilih mengikut kreativiti sendiri. Tapi ingat, janganlah terlalu over apabila memilih tu!
7. Songkok
Songkok merupakan aksesori ikonik bagi baju raya lelaki, dan memilih songkok yang elok mudah sahaja. Yang paling penting adalah untuk mencari songkok yang berkualiti tinggi, Songkok elok diperbuat daripada bahan yang keras dan tidah mudah ditekuk. Ini akan membantu mengekalkan rupa songkok yang profesional dan berkelas sepanjang hari.
Selain itu, songkok yang mempunyai corak cantik juga boleh dipilih, lebih-lebih lagi jika padan dengan baju anda. Jika baju anda simple dan tidak terlalu menonjol, songkok anda boleh menambah sedikit perisa ke baju raya anda dengan corak yang padan dan cantik.