Ramai wanita pada generasi kini suka membeli baju kurung. Ada yang membelinya melalui aplikasi dan juga di butik.
Meskipun baju kebangsaan ini tidak lagi sama seperti dahulu, dari segi potongan dan juga design, tetapi pemakaiannya masih lagi relevan.
Sebagai contoh, wanita yang bekerja di pejabat kerajaan perlu memakai baju kurung agar tampil kemas.
Manakala, yang bekerja di swasta, lebih gemar untuk memakainya ketika ada sambutan istimewa, contohnya Hari Raya.
Dengan adanya design moden, pemakaian baju kurung ini akan berterusan untuk generasi yang akan datang.
Korang nak tengok contoh design moden pada baju Muslimah dari jenama MuslimahClothing.com ini?
Teruskan membaca artikel ni!
Baju Kurung Trend 2023
1. Baju Kurung Lace Pleated Aryana
Korang perasan tak trend terbaru untuk baju kurung pada tahun ini ala-ala seperti princess?
Ini disebabkan terdapat baju kurung yang dipadankan dengan kain pleated.
Kain jenis ini sememangnya terkenal dengan sifatnya yang flowy dan cantik apabila si pemakai memusingkan tubuhnya.
Yang menariknya, koleksi Aryana ini dihiasi dengan jahitan lace pada baju.
Mestilah lebih cantik pada si pemakainya!
Material: Salvatore Lux Satin
Saiz: Daripada XS sehingga 5XL
Warna: Mint Green, Dusty Purple, Misty Black, dan Candy Pink.
Keistimewaan: Sesuai untuk ibu menyusu.
2. Baju Kurung Moden Sulam – Velannie
Buat wanita yang minat dengan corak berbunga besar, koleksi Velannie adalah yang terbaik!
Kebiasaannya, corak sebegini lebih sesuai dijadikan sebagai pakaian ke kerja.
Ini disebabkan corak tersebut nampak menyerlah sekaligus membuatkan si pemakai kelihatan sopan dan lemah lembut.
Material: Cella Premium Printed Wollymix
Saiz: Daripada XS sehingga 5XL
Warna: Black Blossom, Blossom Blue, dan Blossom Maroon.
Keistimewaan:
a) Sesuai untuk ibu menyusu.
b) Mempunyai poket pada bahagian tepi baju.
c) Mempunyai cangkuk dan zip pada kain.
3. Baju Kurung Songket Lace Alexa
Koleksi Alexa, yang diperbuat daripada French Moda Satin, pasti akan membuatkan korang tampak elegan.
Ia dihiasi dengan 3D Floral Lace yang akan menambahkan lagi seri pada si pemakai.
Material: French Moda Satin with 3D Floral Lace
Saiz: Daripada XS sehingga 5XL
Warna: Whitty Minty, Egg Nog, Red Maroon, Pink, Emerald Green, Navy Blue, dan Gold Canary.
Keistimewaan:
a) Sesuai untuk ibu menyusu.
b) Terdapat jahitan pleated pada bahagian belakang kain.
c) Mempunyai cangkuk dan zip pada kain.
4. Baju Kurung Moden Sulam Songket Ardini
Untuk korang yang ingin tampil lebih tinggi dan slim, koleksi sulam songket Ardini adalah yang terbaik.
Lebih-lebih lagi dengan pemilihan warna yang vibrant dan corak minimalis, korang akan kelihatan lain ketika memakainya.
Material: Songket Tenun dan embroidered lace
Saiz: Daripada XS sehingga 5XL
Warna: Olive Green, Silver Black, Maroon, Ivory Cream, Turquoise Blue, dan Navy Blue.
Keistimewaan:
a) Sesuai untuk ibu menyusu.
b) Terdapat jahitan pleated pada bahagian belakang kain.
c) Mempunyai cangkuk dan zip pada kain.
5. Baju Kurung Riau Lace Adiona
Siapa di sini gemar memakai baju kurung Pahang?
Koleksi Adiona yang bertemakan sulam songket ini pasti akan memikat hati korang.
Tambahan pula, dengan adanya corak bunga kecil (atau abstrak) dan warna lembut akan membuatkan korang kelihatan seperti awet muda!
Material: French lace with lining
Saiz: Daripada XXS sehingga 5XL
Warna: Ivory Blue, Oatmeal Yellow, Glory Mint, Pink Berry, Sephia Coral, Cookie Nude, Ballet Pink, Buttercup, dan lain-lain.
Keistimewaan:
a) Sesuai untuk ibu menyusu.
b) Kain kurungnya mempunyai lipatan batik.
c) Mempunyai cangkuk dan zip pada kain.
Memang rambang mata jadinya selepas melihat pilihan baju kurung yang ada!
Walaupun ia berkonsepkan minimalis untuk menarik pembeli muda, ia masih lagi mengekalkan kesenian tradisional.
Yang penting, si pemakai tampil ayu, sopan, dan menutup aurat.
Jadi, kalau korang ingin mencari baju kurung, ingat MuslimahClothing.com.
Buat pengetahuan anda, MuslimahClothing.com ini sudah mula beroperasi pada tahun 2010.
Dengan berkonsepkan labuh dan longgar, brand ini terus-menerus mengeluarkan pakaian Muslimah yang berkualiti dan menutup aurat.