Dunia Fesyen

Kain Ironless, People’s Favourite Sejak Lebih 10 Tahun Lalu.

by Miratie Azman
8 minutes read

Pernah dengar tentang kain ironless? Berapa umur korang sekarang? 20-an? 30-an? 40-an? Lebih muda atau lebih berusia dari itu? Berapa pun umur korang sekarang, pasti korang tidak terlepas menjadi salah seorang yang mengikuti trend pakaian ironless kan? 

Saya masih ingat sekitar tahun 2014 – 2015 semasa saya masih bersekolah, ketika itu fesyen jubah dan baju kurung dari kain yang menggunakan material lycra menjadi fanomena sehingga hampir semua kedai pakaian pada ketika itu menjual jubah dan baju kurung raya dengan material yang sama, cuma rekaan dan corak yang berbaza.

Apabila disusuri kembali jejak sejarah dalam fesyen 10 tahun kebelakang, kain ironless sebenarnya merupakan satu trend yang digunapakai sejak dahulu lagi, saban tahun, pasti akan ada jenis kain ironless baharu yang dikeluarkan dan segera mendapat tempat di hati pengguna. Sudah pasti, seperti mana manusia dan fesyen berevolusi, kain ironless juga berevolusi mengikut kehendak dan keperluan pengguna.

MENGAPAKAH KAIN IRONLESS MENJADI PILIHAN PENGGUNA?

Seperti mana yang diceritakan di atas tentang kain ironless yang berevolusi, kita dapat lihat pada masa kini, kain ironless datang dengan material kain yang mempunyai tekstur. Sebahagian mempunyai tekstur bersulam atau dipanggil embroidery, ada juga jenis rajutan berlipat atau knitted pleated dan ada juga datang dengan tekstur seperti kulit kayu atau wooden texture

Yang lebih menarik, banyak pakaian ironless sekarang dikeluarkan dengan pelbagai rekaan dan corak yang menarik dan terkini, sesuai dengan peredaran masa dan kehendak pengguna. Seperti contoh, sekarang masyarakat semakin menyedari kepentingan pakaian yang mesra untuk ibu yang menyusu badan dan mesra wuduk, maka banyak pengeluar pakaian ironless juga mengeluarkan pakaian mengikut seperti yang diperlukan pengguna. 

Bayangkan saja, seorang ibu yang sibuk menguruskan rumah tangga, masih menyusukan bayinya dan dalam masa yang sama ingin menyempurnakan ibadah kepada Maha Pencipta, sudah pasti pakaian dari jenis ironless menjadi pilihan utama mereka. Sudahlah mudah untuk digayakan, penjagaan kain juga tidak cerewet dan susah. Masuk saja dalam mesin basuh, selesai. Tak perlu dibasuh dengan tangan atau dihantar dry cleaning ke dobi.

Jika kita dapat lihat, kecenderungan digital marketing sekarang beralih kepada applikasi tiktok berbanding laman e-dagang yang lain. Video-video yang dimuat naik di applikasi tersebut mudah mendapat perhatian, mudah tular dan mudah mempengaruhi penonton. Klip berdurasi 15 ke 30 saat pun mampu untuk memukau bakal pembeli jika dihasilkan dengan menarik dan penuh kreativiti.

Ditambah dengan pengeluar pakaian yang mengeluarkan pakaian dengan rekaan mengikut fesyen semasa, trend kain ironless mendapat tempat di hati belia dan golongan muda remaja. Jika sebelum ini target pembeli kebanyakannya dalam kalangan ibu yang sibuk bekerja atau menguruskan rumah tangga, kini pakaian ironless turut dipakai oleh golongan muda mudi terutama pelajar universiti.

Malahan, jualan di laman tiktok juga menawarkan diskaun dan baucer yang banyak menyebabkan pakaian jenis ini semakin mampu milik dikalangan orang muda. Komuniti affiliate di tiktok dan shopee juga memainkan peranan penting dalam menjadikan pemakaian pakaian dengan fabrik ironless mendapat tempat di kalangan masyarakat pada masa kini. Dengan promosi dan video yang menarik, harga yang murah dan mampu milik, siapa pun tak mampu untuk menolak godaan membeli!

FESYEN DAN PAKAIAN IRONLESS TIDAK TERBATAS PADA BAJU SAJA TAU!

Kalau korang nak tahu, fesyen pakaian ironless ini tidak terbatas pada pakaian sahaja, tudung, seluar atau skirt juga mendapat permintaan tinggi dalam kalangan pengguna merentas masa. Setiap tahun pasti akan ada jenis tudung, seluar atau kain ironless yang tular dan menjadi trend pilihan ramai.

Contohnya tudung ironless yang mendapat tempat di hati pengguna sekarang adalah dari material chiffon pleated, cotton jersey dan moss crepe. Tudung ironless ini sangat membantu untuk membuatkan pengguna nampak bersiap dan kemas tanpa perlu risau jika tudung tak bergosok.

Bagi seluar pula, yang sentiasa mendahului haruslah seluar dari kain jenis jeans atau denim. Bak kata orang putih, evergreen. Seluar dari material jeans atau denim tak lapuk ditelan zaman. Walaupun akan ada seluar jeans dengan potongan atau rekaan yang berbeza, yang pasti, seluar jenis ini akan sentiasa mendapat tempat dihati pengguna. Tidak dilupakan juga seluar dari material linen yang sudah tentu ironless, nampak ringkas dan sesuai untuk iklim di Malaysia yang panas kerana fabriknya yang ringan dan berangin.

MEMAKAI PAKAIAN IRONLESS DIANGGAP MALAS ATAU ‘TAKDE EFFORT’ NAK BERSIAP?

Seriuslah ada yang fikir macam tu? Pada dasarnya, ‘bersiap’ tu adalah sesuatu yang subjektif, bergantung kepada setiap individu itu sendiri. Ada sesetengah orang menganggap ‘bersiap’ perlulah memakai outfit penuh, full-face make up, dan cukup ciri-ciri untuk mengambil gambar ootd menggunakan rujukan pinterest. Akan tetapi, ada juga sesetengah orang yang cukup sekadar berhias seadanya, pakaian yang tertib, sopan dan kemas dan sedikit bedak atau secalit gincu sudah mencukupi. 

Pada dasarnya, pakaian ironless itu diperkenalkan memang dengan bertujuan supaya pemakai dapat bersiap dengan masa yang pantas. Asalkan selesa pada pemakai, tidak perlu khuatir dengan apa yang diperkatakan oleh orang ramai. Malahan, sekarang memang terlalu banyak pakaian ironless yang mempunyai design up-to-date dengan trend pakaian semasa. Sudah pasti, memakai pakaian ironless juga mampu menaikkan seri pemakai walaupun tidak perlu mengeluarkan effort yang berlebihan.

Kesimpulannya, melihatkan kepada kecenderungan fesyen pada masa kini, tidak mustahil tahun hadapan dan mungkin dua tahun akan datang serta tahun-tahun seterusnya, fesyen pakaian ironless ini akan terus berevolusi pada masa-masa akan datang mengikut kehendak pengguna. Jika diberi pilihan, sama ada pakaian ironless, atau pakaian jenis lain, yang manakan menjadi pilihan korang? Bagi saya, tidak kisah sama ada pakaian itu dari material jenis apa sekalipun, asalkan cantik, selesa, menutup aurat dengan sempurna dan yang paling penting mesra poket, sudah tentu menjadi pilihan saya.

You may also like

Leave a Comment