4 Jenis Blouse Dan Suit Favourite Dunia Fesyen! You Will Surely Love Them!

Walaupun fesyen dalam dunia ni bertukar-ganti hampir setiap hari, tapi blouse atau suit yang simple tetap ada peminatnya! Pakaian jenis simple ni, orang kata macam kita punya go to outfit.

Yelah kann, takkan kita nak pergi pasaraya pun nak full glam macam hari rayakan? Bila ada blouse dan suit yang boleh dipakai tanpa mengira occasion ni, senang sikit.

Yang lagi best zaman sekarang ni, memang mudah nak dapat macam-macam jenis pakaian di hujung jari je, dengan harga yang murah dan berpatutan! Senang sangat dan kita tau, jadi takde alasan untuk keluar rumah dalam keadaan tak bersiap korang!

Dalam artikel kali ni, admin nak berkongsi dengan korang 4 jenis Blouse dan Sut yang menjadi pilihan pihak Dunia Fesyen! Blouse dan Sut ni semua dah lah cantik, harga affordable, yang paling penting sesuai untuk dipakai pada bila-bila masa! Korang tengok sampai habis tau!

Jom Tengok Blouse & Suit Pilihan Dunia Fesyen

Blouse Medina

Siapa peminat baju dengan corak bunga kecil-kecil, kena dapatkan koleksi ni. Nampak sangat manis dan ayu tau bila pakai baju dengan corak bunga kecil macam ni. Blouse ni datang dengan 4 jenis warna yang menjadi kegemaran kebanyakan anak muda dan remaja. Jadi, kalau korang berminat dengan blouse ni, jangan lupa dapatkan segera tau!

Kat bawah ni details mengenai Blouse Medina tau korang! Kalau korang nak order, boleh dapatkan di sini.

  • Nama: Blouse Medina
  • Corak: Bunga Kecil
  • Harga: RM55.00
  • Jenis kain: Rayon
  • Saiz: Freesize
  • Warna: Pink, Hitam, Mustard, Baby Blue
  • Details Sizing:
    • Bahu – 15″
    • Dada – 42″
    • Labuh Baju – 42″
    • Panjang Tangan – 20.5″

Blouse Fiona

Ok korang perasan tak mak-mak kita, especially yang berumur 50 – 60 ni kan, dia suka beli baju kurung atau blouse dengan corak bunga besar-besar? Baru nampak corak bunga katanya. Hehe. Kalau korang ada mak yang jenis rajin bersiap cantik-cantik, bolehlah hadiahkan Blouse Fiona ni.

Potongan baju sama macam Blouse Medina cuma Blouse Fiona ni sizing dia ada besar sikit je. Kiranya boleh pakai up to L size. Ha kalau mak korang dalam range size macam ni, memang sesuai cuba Blouse Fiona ni. Warna dia pun cantik tau!

Kat bawah ni perincian mengenai Blouse Fiona tau! Nak orderkan untuk mak? Meh tekan sini.

  • Nama: Blouse Fiona
  • Corak: Bunga Besar
  • Harga: RM55.00
  • Jenis kain: Rayon
  • Saiz: Freesize
  • Warna: Blue Black, Black, Red, Peach, White Mustard
  • Details Sizing:
    • Bahu – 16″
    • Dada – 44″
    • Labuh Baju – 42″
    • Panjang Tangan – 20.5″

Blouse Aurora

Peminat pakaian dari material kain CEY Crepe meh sini kumpul rapat-rapat! Blouse ni walaupun takde corak macam dua blouse yang tadi, tapi kain dia ada tekstur tau. Jadi bila kita pakai, dia takdelah nampak plain semata.

Blouse ni jenis bahu dia labuh, ala-ala baggy style macam tu. Kalau orang yang bahu dia tegak, macam ni memang cantik! Sebab dia akan enhance bentuk bahu korang.

Kalau korang berminat dengan beli blouse ni, boleh tekan sini.

  • Nama: Blouse Aurora
  • Corak: Plain
  • Harga: RM39.00
  • Jenis kain: CEY Crepe
  • Saiz: Freesize
  • Warna: Blue Black, Light Blue, Dusty Purple, Nude, Olive, Black
  • Details Sizing:
    • Bahu – 23.5″
    • Dada – 52″
    • Labuh Baju – 28″
    • Panjang Tangan – 16″

Suit Nuha

Yang ni paling banyak pilihan warna, Set Nuha ada lebih daripada 10 pilihan warna tau korang! Bolehlah pilih warna apa yang berkenan di hati. Lebih menarik lagi, sebab Set Nuha available dari saiz M sehingga 2XL, jadi kalau korang jenis chubby sikit, tetap boleh pakai set ni.

Bukan setakat pilihan warna yang banyak membuatkan Set Nuha ni istimewa, dengan cuma RM29 sahaja, korang dah boleh dapatkan suit ni. Kain pun jenis cotton ironless, tak paya pening kepala fikir nak gosok-gosok.

Kat bawah di ada details lengkap tentang Set Nuha, dan korang boleh tekan sini untuk order set ni!

  • Nama: Set Nuha
  • Corak: –
  • Harga: RM29.00
  • Jenis kain: Cotton Ironless
  • Saiz: M – XXL
  • Warna: Coffee, Lilac, Pink, Baby Blue, Teal Blue, Blue Denim, Turquoise, Brown Nut, Black, Walnut, Purple, Grey, Light Brown, Brown, Blue, Red, Orange (Bergantung availability saiz)
  • Details Sizing:
    • Baju M
      • Bahu – 16″
      • Dada – 40-42″
      • Labuh Baju – 26″
    • Seluar M
      • Pinggang – 28″
      • Pinggul – 42″
      • Labuh Seluar – 37″
    • Baju L
      • Bahu – 17″
      • Dada – 42-44″
      • Labuh Baju – 26″
    • Seluar L
      • Pinggang – 29″
      • Pinggul – 44″
      • Labuh Seluar – 37″
    • Baju XL
      • Bahu – 18″
      • Dada – 44-46″
      • Labuh Baju – 27″
    • Seluar XL
      • Pinggang – 30″
      • Pinggul – 46″
      • Labuh Seluar – 39″
    • Baju XXL
      • Bahu – 19″
      • Dada – 46-48″
      • Labuh Baju – 28″
    • Seluar XXL
      • Pinggang – 32″
      • Pinggul – 48″
      • Labuh Seluar – 39″

Macam mana korang? Menarikkan baju yang admin review hari ni? Jangan lupa subscribe untuk korang dapatkan artikel, tips dan review terbaru dari kami! Korang juga boleh like page Facebook Dunia Fesyen untuk tengok lebih banyak gambar dari blouse dan suit di atas. Bye!

Kuasai Seni Styling: Kaedah Sandwich Dalam Fesyen
Tradisi Elegan: Pesona Baju Kebaya Pengantin di Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

My Cart
Wishlist
Recently Viewed
Categories
Compare Products (0 Products)