Dunia Fesyen

Raya Besar-Besar: Koleksi Baju Raya Plus Size Yang Selesa Dan Bergaya

by Airyl
9 minutes read

Apabila menjelang Hari Raya, sudah pasti ramai yang akan tercari-cari baju raya baru untuk dipakai. Tapi, bagi para netizen yang besar-besar sikit, mesti pernah mengalami kesusahan dalam memilih baju raya baru. Masalahnya, baju raya plus size memang susah nak jumpa, lagi-lagi yang ada cutting elok dan rupa yang moden dan cantik. Tapi, jika anda pernah ada masalah ini, jangan risau.

Hari ini di Dunia Fesyen, kami sudah menyenaraikan beberapa pilihan baju plus size yang paling berkualiti tinggi untuk para netizen. Kami tahu yang mencari baju ni memang susah, tapi harapnya pilihan-pilihan kami dapat menyenangkan para netizen pilih baju raya yang cantik dan menarik perhatian untuk musim perayaan ini. Jadi, tanpa menunggu lagi, mari kita lihat koleksi baju raya plus size yang selesa dan bergaya untuk Raya ini!

1. Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang

Bulan Bintang merupakan jenama baju raya yang tersohor, dengan pelbagai jenis baju raya untuk lelaki dan perempuan yang berkualiti tinggi. Kerana ini, Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang adalah antara pilihan terbaik untuk para netizen yang plus size. Rupanya moden dan cantik, dengan cutting elok, kain kualiti tinggi dan pelbagai warna untuk dipilih.

Saiz yang sedia ada sampai hingga 5XL, menjadikannya sangatlah sesuai untuk orang-orang berbadan besar. Harganya pun sangat berbaloi apabila mengambil kira kualiti baju. Untuk kebanyakkan netizen lelaki plus size, Baju Melayu Tailored Fit Bulan Bintang adalah baju raya yang terbaik.

2. Elrah Exclusive Baju Melayu Magnificent 4.0

Elrah Exclusive merupakan jenama baju raya yang makin popular baru-baru ini. Baju mereka memang berkualiti tinggi, antara yang terbaik apabila dibandingkan dengan jenama-jenama saingan mereka. Contoh terbaik perbezaan kualiti ini ialah Baju Melayu Magnificent 4.0 dari Elrah Exclusive, yang mempunyai rupa yang premium dan berkelas tinggi, tapi pada harga yang berpatutan.

Baju Melayu Magnificent 4.0 dari Elrah Exclusive direka untuk menepati cita rasa moden, dengan rupa yang streamlined dan sangat profesional. Cutting bajunya tegap supaya kelihatan timeless, dan kainnya yang ringan digabung dengan design yang ringkas menjadikannya selesa walaupun dipakai untuk tempoh masa panjang.

3. Baju Melayu Bob Rock

Jika para netizen warga plus size, Bob Rock haruslah menjadi tempat kunjungan biasa untuk baju-baju yang selesa. Bob Rock adalah jenama baju untuk lelaki dan wanita yang plus size, dengan pelbagai produk yang sesuai untuk orang bertubuh besar. Ini termasuklah baju raya plus size dengan Baju Melayu Bob Rock, yang saiznya sampai sehingga 6XL, sangatlah sesuai untuk orang yang sukar cari baju raya.

Baju Melayu Bob Rock juga berfokuskan keselesaan, menggunakan kain cotton yang stretchable untuk keselesaan maksimum. Ringan dan ringkas, Baju Melayu Bob Rock adalah pilihan yang bagus sekiranya anda nakkan baju raya yang direka khas untuk fitting orang berbadan besar.

4. Baju Melayu Plus Size by Jakel

Jakel adalah antara penjual baju raya dan kain yang paling popular di Malaysia, dengan pelbagai pilihan baju raya untuk semua jenis orang, termasuklah baju raya plus size warga-warga yang berbadan besar. Baju Melayu Plus Size by Jakel adalah antara produk mereka yang paling laris, dan jelas sekali kenapa. Baju raya ini datang dalam pilihan pelbagai jenis warna, dan seperti kebanyakan baju raya Jakel, kainnya cantik dan selesa.

Untuk orang yang berbadan besar, Baju Melayu Plus Size by Jakel dapat dilihat sebagai pilihan yang elok. Cutting bajunya dibuat khas untuk orang yang bertubuh besar, dan ini menjadikannya antara baju melayu yang paling selesa di pasaran. Jika anda mahukan baju yang selesa dan mudah didapati, anda boleh cuba Baju Melayu Plus Size dari Jakel.

5. Baju Melayu Cekak Musang Big Player

Big Player adalah penjual dan pengedar baju-baju plus size, sama dengan Bob Rock sebentar tadi. Sebagai spesialis dalam pengeluaran baju untuk orang bersaiz gempal, sudah tentu pilihan baju raya plus size mereka memang ngam untuk para netizen yang berbadan gempal. Antara koleksi yang disediakan, yang paling menawan mestilah Baju Melayu Cekak Musang mereka.

Big Player menyediakan baju raya sehingga saiz 9XL, jadi tak kira besar mana pun, anda pasti boleh dapat baju raya yang mengena dengan saiz badan anda. Di samping itu, Big Player juga membenarkan pelanggan untuk tukar baju sekiranya saiz tidak ngam, jadi anta tak perlu risau sama ada saiz baju yang dipilih akan muat atau tidak.

6. Baju Melayu Johor PSG Pesak Kamdar

Siapa yang tak kenal Kamdar? Kamdar ialah antara pengedar kain terbesar di Malaysia, dan terkenal di seluruh negara. Selain dari jenis kain yang berbeza, syarikat Kamdar juga ada jual pelbagai jenis baju raya dengan saiz-saiz berbeza. Untuk warga-warga plus size, Baju Melayu Johor PSG Pesak dari Kamdar adalah pilihan yang terbaik baju raya plus size dengan saiz mencecah 5XL.

Walaupun saiznya besar, Baju Melayu Johor PSG Pesak mempunyai banyak ciri-ciri baju slim fit. Baju Melayu ini mempunyai zip tersembunyi untuk memudahkan mengambil air wuduk, zip di samping badan, cutting slim fit dan kain yang elastik dan stretchable. Kualiti juga bukan masalah, terutamanya dengan jenama kain terkenal seperti Kamdar di sebalik baju.

7. Kurta A Bulan Bintang

Kurta sering menjadi pilihan untuk ramai warga plus size kerana lebih senang cari kurta bersaiz besar berbanding baju raya biasa. Kurta juga sangat selesa, dan Bulan Bintang menyediakan pilihan Kurta yang berkualiti tinggi dengan Kurta A. Rupa Kurta A ringkas dan cantik, diperbuat dari kain yang ringan dan bernafas, menjadikannya sangat selesa dan sesuai untuk cuaca panas.

Seperti kurta lain, Kurta A labuh dan mudak dipakai, tapi yang lebih penting adalah yang diperbuat daripada 100 Egyptian Viscose Cotton, dengan 18 warna berbeza untuk dipilih. Saiznya juga sampai sehingga 5XL, dengan cutting slim fit yang memberi imej segak dan muat untuk pemakainya. Jika anda ingin memakai kurta sebagai baju raya anda, Kurta A dari Bulan Bintang antara pilihan terbaik anda.

8. Baju Melayu Tradisional Platinum

Baju Melayu Tradisional Platinum adalah antara baju raya paling unik di senarai ini kerana pilihan warnanya dan jenis kainnya. Pilihan warna baju raya ini termasuklah warna ungu, putih, hitam dan pink, kesemuanya dengan trim berwarna. Warnanya yang menarik mungkin kena dengan cita rasa anda. Di samping itu, baju ini diperbuat daripada microfiber yang sangat selesa dan mudah bernafas.

Baju Melayu Tradisional Platinum ini boleh didapati dari Butik BOS, yang memang menyediakan pelbagai jenis baju yang bersaiz besar untuk warga berbadan gempal. Jika anda inginkan baju dengan warna menarik dan kain yang mudah bernafas, inilah baju untuk anda.

You may also like

Leave a Comment