Pasti korang semua tahu, Raya Aidilfitri ini sambutan terbesar untuk umat Islam. Ia merupakan perayaan penting yang mengakhiri bulan puasa Ramadan dan memperingati kemenangan keimanan dan kesabaran sepanjang berpuasa sebulan. Raya juga peluang untuk kita semua bersatu dan bermaaf-maafan, dan menguatkan hubungan antara satu sama lain. So, Raya ini bukan sekadar sambutan keagamaan, tapi juga sambutan kekeluargaan dan masyarakat. Dan di hari yang ditunggu-tunggu ini, godaan untuk memakai baju baru yang fresh sangatlah kuat sehingga sudah menjadi norma bagi korang semua untuk membeli beli baju raya baru setiap tahun, tapi tak semestinya korang terfikir untuk beli baju raya yang boleh pakai berulang-ulang kali. Padahal, ini boleh menjadi cara yang lebih bijak dan bertanggungjawab dari segi alam sekitar dan juga boleh menjimatkan duit dalam jangka panjang. Jadi, selain memikirkan gaya dan trend terkini, korang juga perlu berfikir secara bijak dan berkesan dalam membeli baju raya setiap tahun.
Tujuan kami menulis blog ini, ialah untuk memberi idea dan tip-tip kepada korang para jejaka di luar sana tentang pelaburan baju raya seperti baju melayu, kurta, dan jubah yang berkualiti dan yang boleh di pakai berulang-ulang serta memberikan value untuk duit korang. Jadi, korang boleh follow tip dan nasihat dari blog kami untuk dapatkan baju raya yang terbaik dan berkualiti. Kami juga nak tolong beri rekomendasi baju raya untuk korang yang nak beli baju raya yang berkualiti dan berbaloi. Jadi, korang boleh follow rekomendasi dari kami untuk dapatkan baju raya yang terbaik dan bernilai untuk korang.
Apa itu pelaburan baju raya?
Investment dalam baju raya ini, memang mudah je – proses beli baju raya yang berkualiti dan boleh dipakai berulang-ulang untuk gantikan beli baju baru setiap tahun. Korang tak perlu risau sangat pasal beli baju baru setiap tahun, sebab korang boleh beli baju raya yang boleh pakai berulang kali. Ini memang pelaburan terbaik untuk korang yang nak sambut raya dengan baju yang stylish dan berinilai. Korang boleh follow tip dan rekomen dari kami untuk dapatkan baju raya yang terbaik untuk korang. Beli baju raya yang boleh dipakai berulang-ulang ini memang jimatkan duit korang dan korang pasti nampak stylish setiap tahun sambut raya. Tak payah risau tukar baju setiap tahun, cukup jimatkan duit dan masa!
Jenis-Jenis Baju Raya di Malaysia
Korang boleh pilih dari tiga jenis pakaian raya untuk lelaki di Malaysia, iaitu Baju Melayu, Jubah, dan Kurta. Baju Melayu ini klasik dan selalu dipakai pada hari-hari besar atau acara formal. Jubah pulak, gayanya ala-ala Arab dan sesuai untuk acara formal atau keagamaan. Kurta ini pulak, popular sebagai pakaian harian atau formal untuk lelaki Muslim yang berasal dari gaya India.
1. Baju Melayu
• Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang ini bermula kat Teluk Belanga, Singapura. Pada satu masa dulu, baju ini dikenali sebagai ‘baju Wan’ sempena nama seorang penduduk Teluk Belanga iaitu Haji Wan Othman. Suatu hari, Haji Wan Othman memakai Baju Cekak Musang waktu menghadap raja dan apabila raja melihat cantiknya baju itu dengan butang emas dan permata, raja terus jatuh cinta pada baju Melayu Cekak Musang itu. Bermula dari hari itu, baju Melayu Cekak Musang ini menjadi pakaian untuk anak-anak raja dan orang-orang penting dalam istiadat istana Johor.
Baju Melayu Cekak Musang memiliki ciri khas berupa kerah baju yang dikembangkan dengan menggunakan tiga helai kain, yang membuatnya terlihat lebih elegan dan tradisional. Baju ini sering dipakai ketika acara-acara khusus seperti upacara adat, pernikahan, dan acara formal lainnya.
Jika membincangkan tentang baju raya tradisional untuk lelaki, Baju Melayu Cekak Musang memang antara yang paling classic yang akan buat korang nampak segak bergaya, Korang memerlukan tiga elemen penting untuk completekan gaya baju raya ini: baju lengan panjang yang disesuaikan dengan badan korang, seluar yang matching, dan kain samping. Bahagian atas baju ditambahkan dengan lima butang sejajar dan kolar bulat, dipakaikan kemas di bawah kain samping dekat pinggang.
• Baju Melayu Teluk Belanga
Terkait asal usul baju Melayu Teluk Belanga ini. Dato’ Haji Muhamad Said menyatakan bahawa baju ini asalnya diperkenalkan di Singapura pada tahun 1862 semasa Temenggung Abu Bakar menjadi Temenggung Johor menggantikan ayahnya, Temenggung Ibrahim Sri Maharaja. Nama Teluk Belanga pula diambil dari nama kawasan rumah Temenggung Johor di daerah Teluk Belanga, Singapura yang sekarang kita kenal sebagai Harbour Front.
Baju Melayu Teluk Belanga terkenal dengan kolarnya yang bulat dan belahan halus di tengah-tengah yang hanya dikemaskan dengan satu butang sahaja. Biasanya dipakai untuk acara formal atau upacara resmi dan sesuai digayakan bersama kain samping yang dipakai di atas baju.
Baju Melayu Teluk Belanga ini sejenis baju Melayu tradisional yang memang terlihat formal dengan tulang belut yang bulat dan belahan halus di tengah-tengah yang dikemaskan dengan hanya satu butang. Perbezaannya dengan Baju Melayu Cekak Musang, korang akan pakai kain samping di atas baju bukan di bawah. Nak tampil gaya Muslimin tradisional, lengkapkan dengan songkok ye.
2. Jubah
Korang pasti pernah lihat lelaki Muslim pakai Jubah kan? Jubah ini pakaian tradisional dari Arab yang lebih terkenal dipakai untuk acara-acara formal dan keagamaan. Design dia longgar dan dipakai dari leher sampai pergelangan kaki. Jubah ini boleh dipakai sebagai pakaian harian dan kemana saja pun tak ada masalah sebab material yang digunakan seperti sutera atau cotton sangat lembut dan selesa untuk dipakai dalam waktu yang lama. Design jubah juga simple dan tidak terlalu complicated, making it the perfect choice for guys yang nak kelihatan segak bergaya.
3. Kurta
Kurta ini asalnya dari India dan memang lama dah dipakai oleh orang India. Katun atau cotton yang lembut dan selesa lah yang jadi bahan utama kurta ini. Model dia pun longgar dan sampai ke bawah lutut. Masa awal abad ke-20 kurta ini terkenal sangat kat Malaysia sebab ramai imigran India datang siini untuk kerja. Mereka bawak budaya dan pakaian tradisional diorang, termasuk lah kurta ini. Dan setelah itu, kurta ini jadi popular bukan sahaja di kalangan masyarakat India yang tinggal di Malaysia, tapi juga terkenal dalam masyarakat lelaki melayu dan mula memakai nya di hari hari perayaan seperti hari raya dan kenduri perkahwinan.
Kelebihan Pelaburan Baju Raya
Jimat duit: Dengan invest baju raya yang top notch dan boleh pakai ulang, korang boleh kurangkan beban beli baju raya baru setiap tahun. Dalam masa ekonomi yang sangat mahal sekarang, iini akan membantu korang untuk lebih jimat duit dan fokus kepada pengeluaran yang lebih penting.
Berkualiti tinggi: Walaupun harga baju raya yang berkualiti tinggi itu mungkin lebih mahal, tapi ianya merupakan satu pelaburan yang baik kerana korang boleh pakai baju tersebut berulang kali. Tak perlu risau beli baju baru setiap tahun. Untuk memaksimumkan pelaburan baju raya yang mahal, korang boleh pilih warna yang akan selalu on trend seperti hitam dan putih. Warna-warnani tidak akan pernah ketinggalan zaman dan memastikan bahawa baju raya korang masih boleh dipakai dari tahun ke tahun dan tidak terlihat outdated. Iini adalah salah satu pelaburan yang baik dan akan memberikan korang inilai yang baik untuk setiap ringgit yang korang belanjakan.
Sentiasa kelihatan segak dan seperti baru: Dengan ada baju raya berkualiti, korang pasti sentiasa kelihatan segak bergaya karena bahan yang digunakan merupakan dari bahan yang berkualiti dan tahan lama. Jadi meskipun dipakai berkali-kali, baju raya korang tu yang korang jadikan sebagai investment pasti akan terus Nampak on point ketika dipakai.
So, buatlah keputusan yang bijak dan invest lah dalam baju Raya yang berkualiti tinggi yang boleh dipakai berkali-kali ke tahun-tahun hadapan. Bukan sekadar hal iini dapat menjimatkan duit korang, tapi juga memastikan korang nampak terbaik semasa hari raya. Pilih baju yang sesuai dengan gaya dan keperluan korang, dan enjoy musim Raya tanpa had dan yang tak terlupakan!