Apa kaitannya Sandwich Method Outfit dengan gambar sandwich ni? Haaaa, kalau nak tahu, artikel ni bukanlah tentang resipi membuat sandwich atau review sandwich di kedai viral. Tetapi tentang bagaimana dengan mengaplikasikan kaedah sandwich ini ke outfit harian korang, boleh membantu untuk menaikkan visual korang.
Untuk pengetahuan korang, kaedah melapiskan pakaian menggunakan teknik sandwich ni sudah digunapakai oleh ramai fashion stylist di seluruh dunia, termasuklah stylist bertaraf antarabangsa. Cuma ‘kod rahsia’ seperti ini baru mendapat pendedahan kepada umum semenjak semua lapisan masyarakat semakin mudah untuk mendapat akses kepada trend terkini melalui applikasi tiktok.
Video-video mengenai cara menggayakan pakaian menggunakan sandwich method ini menjadi tular di applikasi tiktok semenjak tahun 2023 di Malaysia kerana melalui teknik ini, pemakai akan kelihatan anggun dan berseri walaupun cuma mengenakan pakaian yang minimal dengan warna-warna asas seperti putih, hitam, kelabu dan coklat.
Secara umumnya, sandwich method outfit ini ialah kaedah memadankan warna di antara helaian pakaian yang dipakai untuk menjadikan ia sebuah outfit yang lengkap.
Walaupun begitu, kaedah penggayaan tidak terbatas pada warna yang diatas dan dibawah sahaja. Pemakai boleh juga mengapit warna pakaian di antara tudung dan seluar, atau di antara baju dan kasut.
Bagaimana cara paling asas untuk mengaplikasikan sandwich method outfit dalam pakaian harian?
Berdasarkan gambar di atas, kita boleh lihat yang rona warna yang dipilih merupakan warna coklat gelap dan putih. Lapisan sandwich disini terjadi apabila warna yang dipakai di tudung dan seluar mengapit warna putih di blouse, manakala beg tangan dan kasut pula dipadankan dengan warna yang sama dengan blouse.
Yang membuat keseluruhan outfit ini lebih menarik ialah gelang tangan emas yang dipakai menambah seri pada keseluruhan busana kerana mempunyai warna yang kontra.
Pemakai juga boleh menambah aksesori seperti cincin, jam tangan atau rantai yang bersesuaian supaya dapat menambah seri pada si pemakai.
Menurut seorang model dan pempengaruh fesyen, Amyra Nadya menerusi videonya di tiktok berkata sandwich method outfit ialah kaedah dimana pemakai mesti menyamakan warna tudung dengan warna seluar ataupun skirt supaya busana yang dipakai akan kelihatan lebih minimal dan cantik.
Video yang mendapat sehingga lebih 300 ribu tontonan itu menarik perhatian netizen dengan rata-rata menyatakan bahawa idea mengenakan busana harian dengan kaedah sandwich ini telah digunakan sejak lama, namun baru kini mereka mengetahui bahawa nama teknik berkenaan ialah sandwich method.
Menarik bukan? Sampai sini korang faham tak tentang sandwich method outfit ni?
Menurut Ikea Alexis, penulis blog graceandglitz, one can never go wrong with blazer. Pemakain blazer tidak terbatas pada busana rasmi sahaja kerana pada masa kini, terdapat banyak jenis dan potongan blazer yang boleh membuatkan blazer boleh dipakai pada semua keadaan asalkan dikenakan dengan ‘pasangan’ yang bersesuaian. Menambah blazer dalam outfit harian bukan saja membuat pemakai kelihatan bergaya dan trendy, bahkan pemakai juga kelihatan lebih kemas dan bersedia.
Jom tengok pada gambar di atas, pemakai boleh mengenakan blazer dengan potongan boyfriend blazer yang kelihatan lebih besar dan t-shirt di bahagian dalam supaya outfit kelihatan lebih kasual dan dipadankan dengan seluar slack dari rona warna yang sama. Lapisan warna ini diapit dengan tudung dan kasut dengan warna yang sama.
Menerusi outfit ini, pemakai dapat menambahkan keserian outfit apabila potongan blazer memberikan dimensi pada si pemakai, manakala apitan warna dari kaedah sandwich method outfit pula menambahkan seri dari segi visual.
Outfit jenis ini sesuai diperagakan untuk tujuan ke tempat kerja atau pejabat, malah tetap kelihatan sopan untuk urusan rasmi dan perniaagaan tanpa perlu kelihatan terlalu formal. Bukan itu sahaja, outfit jenis ini juga sesuai jika dikenakan untuk tujuan brunch date atau perjumpaan bersama kawan-kawan. Ringkas tetapi tetap bergaya.
Menurut Sara yang merupakan seorang fashion stylist, pembahagian antara warna dalam pakaian memainkan peranan penting untuk membina keseimbangan warna dalam outfit yang dipakai supaya pakaian yang dipakai nampak seimbang dan menarik. Serta mengunakan tips ringkas untuk memadankan bahagian atas pakaian dengan bahagian bawah pakaian dapat menjimatkan banyak masa daripada membuat kesilapan dalam berfesyen.
“TAPI SAYA TAKDE BANYAK BAJU! MACAM MANA?”
Jangan risau! Ada dua cara supaya korang boleh aplikasikan kaedah sandwich dalam pakaian harian tanpa keluarkan duit yang banyak untuk tukar outfit setiap hari.
1. Aksesori
Pemakaian aksesori tambahan untuk menyamakan dengan warna kasut boleh membantu untuk menyeimbangkan warna pakaian yang dipakai. Aksesori tersebut termasulah topi, beg dan scarf.
2. Hoodie atau jaket.
Seandainya pemakai memakai pakaian jenis set yang mempunyai top wear dan bottom wear dengan warna yang sama, pemakai boleh padankan jaket dengan warna yang sama dengan kasut supaya dapat mewujudkan rona yang berbeza dan sekaligus menyeimbangkan warna-warna yang ada di badan pemakai.
Kesimpulannya, fesyen adalah subjektif. Setiap orang mungkin mempunyai pengalaman yang berbeza dengan fesyen yang dieksperimentasi. Namun, yang paling penting adalah pemakai tetap selesa dengan pakaian yang dipakai. Setiap fizikal manusia mempunyai proporsi badan yang berbeza dan tak semestinya semua jenis fesyen atau pakaian sesuai untuk semua orang. Namun melalui kaedah sandwich ini, sesiapun boleh kelihatan menarik dengan permainan dan keseimbangan warna yang sesuai. Jangan takut untuk mencuba dan yang paling penting, jangan berhenti untuk belajar benda baru.
Dah cuba teknik sandwich method outfit? Meh tag team Dunia Fesyen!