Dunia Fesyen

TREND TERKINI! 5 Pilihan Suit Minimalis Di Inhanna

by Sofea Anis
5 minutes read

Pemakaian suit sudah menjadi pilihan utama dalam kalangan kaum Hawa, sama ada yang bekerjaya atau masih berstatus pelajar universiti.

Mana tidaknya, pakaian smart casual seperti ini sudah diperagakan oleh ramai pengguna media sosial.

Sebagai contoh, dengan adanya aplikasi TikTok, pengguna boleh melihat model memperagakan pakaian smart casual dengan lebih terperinci.

Apabila kita “berinteraksi” dengan pemilik video ini seperti meninggalkan komen, like atau share, semakin kerap video yang hampir sama muncul di For You Page (FYP).

Secara tidak langsung, kita yang menonton video itu pun akan terjebak rasa ingin membeli suit itu.

Jika korang sedang mencari pakaian smart casual ini untuk pergi ke kerja atau menghadiri special occasion, artikel ini khas untuk korang!

Dalam artikel ini, korang akan dapati 5 koleksi suit minimalis daripada brand fesyen lokal iaitu Inhanna.

5 Pilihan Suit Di Inhanna

Di bawah ini merupakan antara koleksi suit yang minimalis dan elegan daripada Inhanna:

1. Jenna Women Cotton Linen

suit

Bagi koleksi yang pertama ini, ia berasaskan sumber inspirasi daripada Timur Tengah.

Berikut merupakan ciri-ciri pada koleksi ini:

  • Potongan: Labuh dan Muslimah untuk kelihatan lebih sopan dan menutup aurat.
  • Saiz: XS hingga XXL.
  • Material pakaian: Diperbuat daripada cotton linen yang berkualiti tinggi.
  • Cara basuhan: Mesin basuh atau cucian tangan.
  • Mempunyai dua poket pada bahagian baju dan seluar.
  • Mempunyai pilihan warna yang menarik seperti Olive Green, Lilac, Dusty Green, Dusty Purple, Off White, Toffee Brown, dan Sandy Brown.

2. Irene Gusset Shirt Set

suit
Korang yang ingin tampil dengan lebih santai boleh dapatkan Irene Gusset Shirt Set.

  • Potongan: Cantik terletak di bahu dan kemas. Sesuai untuk individu ketinggian sederhana.
  • Saiz: XS sehingga XXL.
  • Material pakaian: Paulie Twill (tidak mudah kedut dan ironless)
  • Cara basuhan: Mesin basuh atau cucian tangan.
  • Mempunyai poket pada bahagian kiri baju.
  • Mempunyai jahitan gussets pada bahagian baju agar tidak mudah terkoyak.
  • Pilihan warna: Khaki Brown, Mustard, Burgundy, Pink, dan Lilac Purple.

3. Nuura Shell Button With Smart Straight Pants Set

suit

Buat korang yang ingin tampil berkeyakinan dan kemas di tempat kerja, koleksi ini adalah yang terbaik!

  • Potongan: Cantik terletak di bahu dan kemas. Sesuai untuk individu ketinggian sederhana.
  • Saiz: XS sehingga XXL.
  • Material pakaian: Matte Satin
  • Cara basuhan: Mesin basuh atau cucian tangan.
  • Mempunyai cuffs berbutang pada bahagian lengan untuk kekemasan.
  • Ada menyediakan butang tambahan.
  • Potongan pada bahagian belakang baju adalah lebih panjang berbanding di hadapan.
  • Pilihan warna: Savanna Orange

4. Jenna Women Cotton Panel Pocket Tunic

suit

  • Potongan: Labuh dan tidak melekap pada tubuh.
  • Saiz: XS sehingga XXXXL.
  • Material pakaian: Cotton
  • Cara basuhan: Mesin basuh atau cucian tangan.
  • Mempunyai poket pada bahagian depan baju.
  • Jahitan seluar adalah ankle length cut.
  • Pilihan warna: Off White

5. Raisa Long Shirt Set Off White

suit

Bagi koleksi ini, ia berlainan sedikit daripada 4 pilihan di atas kerana ia disertakan sekali dengan skirt labuh.

  • Potongan: Labuh dan bebas bergerak
  • Saiz: Mempunyai saiz seperti S/M dan L/XL untuk baju dan skirt labuh.
  • Material pakaian: Cotton
  • Cara basuhan: Mesin basuh atau cucian tangan.
  • Mempunyai cuffs berbutang pada bahagian lengan untuk kekemasan.
  • Potongan straight cut pada skirt.
  • Sesuai untuk ibu menyusu.
  • Pilihan warna: Off White

Mengapa Perlu Dapatkan Suit Di Inhanna?

Brand Inhanna sudah berkecimpung dalam industri fesyen tempatan sejak tahun 2013.

Oleh itu, ia merupakan antara jenama lokal yang sentiasa mendapat perhatian daripada pelanggan sehinggan mencecah 70, 000 orang.

Inhanna sentiasa menitikberatkan ciri-ciri fesyen wanita seperti:

  • Berfesyen dan masih menutup aurat dengan lebih sempurna.
  • Memakai pakaian yang menutup aurat dengan lebih mudah dan cepat.
  • Terdiri daripada idea design yang menarik dan konsep minimalis bersesuaian dengan generasi kini.
  • Memudahkan pencarian wanita yang inginkan pakaian smart casual yang elegan dan patuh syariah.

Sekiranya korang ingin tahu lebih lanjut koleksi suit Inhanna dan juga koleksi-koleksi Inhanna yang lain, korang boleh layari lama web Inhanna. Korang pastikan akan teruja dengan pelbagai koleksi mereka.

You may also like

Leave a Comment